Terlalu jauh aku berlari
Terlalu tinggi aku terbang ke langit
Terlalu dalam aku menyelam.
Semuanya hanya untuk mencari sesuatu
yang pasti,
yang benar,
yang hakiki,
yang gembira,
yang ceria,
dan yang bahagia.
Namun apabila aku tersedar
dan membuka mata
Sesuatu itu hampir tiada
Atau yang paling kelat untuk diterima
Ianya TIADA....
Thursday, November 19, 2009
Friday, November 6, 2009
Lancang sungguh!!
Dimarahi bila bukan salah sendiri
Akal menyuruh aku diam.
Diam.
Mungkin akal ini bertindak benar
Jangan melawan jika perkara itu kecil mungkin.
Senyum.
Perkara terbaik setakat ini.
Diam dan senyum tak dapat dipisahkan lagi
Kerna 'mereka' tiada wujudnya sengketa.
Disebalik sana
Bersuara itu harus
Bersuara menunjukkan kita benar
Berlantang menunjukkan kita gagah.
Walau mereka itu salah..
Dan disebalik sana
Walau sebesar mana salahnya
Mereka dipuja
Mereka ditatang
Mereka disayang
Hanya kerana mereka bersuara lantang.
Di sini aku
Duduk diam berteleku
Masih manis tersenyum
Walau benar itu hak milik aku
Namun tiada siapa mahu ambil tahu.
notakaki: Bersuara lantang lebih dihormati dan disayangi dari berdiam..

Tuesday, November 3, 2009
Ke mana..
Ke mana kau pergi bila mereka berada di sini
Apa yang sedang kau buat di sana jika mereka berbuat di sini
Apa yang sedang engkau fikirkan di sana
Jangan salahkan aku jika kawan-kawan engkau lebih sukakan aku
Bukan khilafku jika mereka memuji aku lebih bagus daripadamu
Aku insan biasa yang tidak bersalah
Engkau mungkin..
Bukan lagi harapanku bertemu engkau disebalik mereka
Tapi mereka ingin sekali bertemu aku walau engkau masih ada
Tapi engkau tidak lagi ada bersama mereka
Mereka kesal
Adakah aku puncanya?
Kemana hilang setiakawan yang engkau patrikan dahulu
Mereka bukan kawan setia aku dahulu
Malah engkau punya
Jadi mengapa mesti engkau mendiamkan diri jika mereka bertanya
Walau tidak engkau ucapkan
Aku tahu kebenarannya
Susah diungkap bukan?
Teruskanlah..
Kerna aku mahu melihat sejauh mana engkau mampu bertahan...

Friday, October 30, 2009
Kemaruk sgt..

Entri kali ni xde puisi2 lg..
Rase kemaruk sgt main poker.. Sehari x main rase lain macam. Macam bercinta plak... lalala... Bila menang byk, happy gile.. Bila kalah, rase cedey gile... hmmm... Mmg mcm bercinta plak... Agak2nye mcm tu lew org suka main judi kan? lalala.. Mcm bercinta.. Pahit, manis memang ada.. Aku da jatuh cinta.. Oh, poker!!
Wednesday, October 14, 2009
Trimas..
Entry kali ni tanpa puisi2 emosi. Sudah lama sangat menjadi pembaca senyap blog mereka2 yg menarik hati. Tak perlu untuk dikomen atau mengomen. Cume terfikir kita manusia sama sahaja di muka bumi ini. Punya masalah yang dirasakan besar tapi hanyalah sekecil cuma. Mahu perhatian barangkali. Blog sendiri, suka hati apa orang lain peduli, benar?
Sebagai manusia, terasa ingin mencintai dan dicintai. Mengharap pada mereka yang tidak lagi sudi. Aku lah manusia itu. Sama seperti kalian. Cuma bezanya ada yang kuat dan tabah menanti sedangkan aku keliru dengan situasi. Mahu pergi tapi masih mahu menanti.
Aku jadikan entri2 kalian sebagai perangsang untuk aku teruskan hidup.. Betapa besar peranan kalian..

Thursday, September 24, 2009
Mungkin esok lusa...
Semalam hal bikin kepala pusing
Tak dapat tido aku puas mengiring
Ke kiri, ke kanan
Wajah-wajah terpa bikin aku gering
Aku pasang kipas semaksimum mungkin
Panas...
Panas badan, panas hati
Aku rindu pada wajah itu
Aku menangis lagi
Kali ini aku tekad
Tak mahu jadi orang bodoh lagi
Tapi aku tak sedia lagi
Lepaskan kau pergi
Mungkin esok lusa janji itu akan aku perbaharui
Mungkin esok lusa ada keadaan tak jadi macam hari ni
Mungkin esok lusa aku tak sendirian lagi

Wednesday, September 23, 2009
Kering akhirnya
Berhati-hati aku meniti hari
Hari-hari yang makin tak pasti
Termenung aku di sana sini
Menanti hati untuk dihakimi
Keliru, resah, bercelaru..
Makin aku mencari maksud hakiki
Aku terkadang terlupa siapa diri
Tersentak aku dengan kata-kata berani..
"tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman..
mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha..
tak perlu mengharapkan temah seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Sit Hajar..
dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah SAW.."
Terima kasih kawan kerna menyedarkan aku..
Tapi hatiku tak sekuat dulu
Rapuh terlalu rapuh
Cuba untukku lontarkan kotak-kotak berwarna itu
apakan daya aku tetap memungutnya jua
Kini aku berserah pada-Nya
Andai manik-manik jernih ini mampu untuk menghilangkan segala-galanya
Akanku perah sehingga ke titisan terakhirnya
Biar pekat jadinya
Biar merah jadinya
Biar kering akhirnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)