Thursday, November 19, 2009

TIADA..

Terlalu jauh aku berlari
Terlalu tinggi aku terbang ke langit
Terlalu dalam aku menyelam.

Semuanya hanya untuk mencari sesuatu
yang pasti,
yang benar,
yang hakiki,
yang gembira,
yang ceria,
dan yang bahagia.

Namun apabila aku tersedar
dan membuka mata
Sesuatu itu hampir tiada
Atau yang paling kelat untuk diterima
Ianya TIADA....

Friday, November 6, 2009

Lancang sungguh!!

Dimarahi bila bukan salah sendiri
Akal menyuruh aku diam.

Diam.

Mungkin akal ini bertindak benar
Jangan melawan jika perkara itu kecil mungkin.

Senyum.

Perkara terbaik setakat ini.
Diam dan senyum tak dapat dipisahkan lagi
Kerna 'mereka' tiada wujudnya sengketa.

Disebalik sana
Bersuara itu harus
Bersuara menunjukkan kita benar
Berlantang menunjukkan kita gagah.
Walau mereka itu salah..

Dan disebalik sana
Walau sebesar mana salahnya
Mereka dipuja
Mereka ditatang
Mereka disayang
Hanya kerana mereka bersuara lantang.

Di sini aku
Duduk diam berteleku
Masih manis tersenyum
Walau benar itu hak milik aku
Namun tiada siapa mahu ambil tahu.

notakaki: Bersuara lantang lebih dihormati dan disayangi dari berdiam..

Tuesday, November 3, 2009

Ke mana..

Ke mana kau pergi bila mereka berada di sini
Apa yang sedang kau buat di sana jika mereka berbuat di sini
Apa yang sedang engkau fikirkan di sana
Jangan salahkan aku jika kawan-kawan engkau lebih sukakan aku
Bukan khilafku jika mereka memuji aku lebih bagus daripadamu
Aku insan biasa yang tidak bersalah
Engkau mungkin..

Bukan lagi harapanku bertemu engkau disebalik mereka
Tapi mereka ingin sekali bertemu aku walau engkau masih ada
Tapi engkau tidak lagi ada bersama mereka
Mereka kesal
Adakah aku puncanya?
Kemana hilang setiakawan yang engkau patrikan dahulu
Mereka bukan kawan setia aku dahulu
Malah engkau punya
Jadi mengapa mesti engkau mendiamkan diri jika mereka bertanya

Walau tidak engkau ucapkan
Aku tahu kebenarannya
Susah diungkap bukan?
Teruskanlah..
Kerna aku mahu melihat sejauh mana engkau mampu bertahan...