Friday, July 31, 2009

Jiwa & Hati

Jiwang hanya untuk mereka yang punya jiwa,
Lakaran emosi dari mereka yang punya hati,
Hanya orang tertentu yang memahami sesebuah puisi...

Wednesday, July 29, 2009

Besday wish

Jam 12 malam:

Beep beep… “happy birthday awk. Semoga pnjg umur, murah rezeki n berjaya. Amin. Take care.” (Alamak! Ex aku org 1st wish besday aku. Mana bf aku ni?)

Beep beep… “happy birthday cyunk. Moga panjang umur n dimurahkan rezeki. Jangan cedey2. Sok kita celebrate same2. Ckp je nak gi mane. Aku bwk…” (Hmm… bestfwen aku ni baik hati la plak.. mane bf aku ni???)


Jam 12 setengah malam:

(Mana bf aku ni.. xnak wish birthday aku kew??..... Zzzzzzzzzz…………..)


Jam 3 suku pagi:

Beep beep… “akum. Slmt hari jadi. Semoga panjang umur n murah rezki. Amin”. (Haha.. kazen aku sorg ni. Nasib baik die ingat nak wish besday aku. Kalau x, Aku taknak wish besday die malam sok. Lalala…. Mane bf aku xnak wish lagi ni??? Zzzzzzzzz…………..)



Jam 7 dua puluh dua pagi:

Beep beep… “Epi besday to u, epi besday to u, epi besday to cik luna, epi besday to u. Good morning. Epi besday cik luna. Semoga panjang umur n murah rezki. Sori, malam td tdo awl.. bila dapat jumpa ni. Rindu da….” (hehe.. bestfwen aku sorg ni.. miss u too.. nanti ade masa yang lapang kita jumpa ye kawan…. Mmmuuaaahhhh…………….. Mane bf aku ni. Nape dia xnak wish? Ooo.. maybe dia nak wat surprise kot nak datang office.. haha.. besh nye… x sabar!!)


Jam 7 setengah pagi:

“Happy besday!!!”
“Haha… Da besar da anak abah ni… Kau lahir kul 2 pagi dulu…bla…bla…..”
(Adoi…. Cite pasal time2 dulu plak.. huhu… thanks mak n abah coz tanpa anda siapalah saya dimuka bumi ini… huhu…)


Jam 8 dua puluh empat pagi:

Beep beep…. “Happy birthday! May this year bring you a step closer to your life goals. If it is a new career, visit www.JenJOBS.com for hundreds of choices. (Ceh, JenJOBS pun wish besday aku.. terharunya…)


Jam 12 tengahari:

Ring ring….. “Happy besday to you, happy besday to you, happy besday to cik luna, happy besday to u…. Semoga panjang umur n murah rezki.. windu kat awk… bla.. bla… bla……” (Haha.. conoknye dpt bergosip ngn bestfwen aku sorg ni. Da lame x bergosip.. Mane bf aku ni?? Xpew2… myb die dtg office petang nanti kot….)


Jam 2 setengah petang:

Beep beep… “Happy besday my sis. Moga panjang umur n murah rezki n jangan lupa blanje kitorang ye.. hehe.. dari adikmu..”. (Ceh… besday aku, aku plak kena blanje dorg.. sabar jew lew…)


Jam 4 setengah petang:

(Mane bf aku ni.. Dia x datang nak jemput aku pegi celebrate besday aku ke? Hmmmmm.. ni yang wat aku cedey ni….)


Jam 5 petang:

(cedeynye.. bf aku x datang pun. Wish pun xnak.. dia da lupe kew besday aku ari ni? Ntah2 die nak jadi org last yang wish kot.. huhu… xpew2.. sabar2….)


Jam 6 petang:

(Nape dia x wish besday aku ni………………………)



Jam 7 malam:

(Mana bf aku ni…………………….. xkan aku yang nak call dia kot. Ari ni besday aku. Patutnya dia yang kena call aku… hmmm…..)



Jam 9 malam:

(Mana dia ni……………………………)



Jam 11 malam:

(Mana dia ni? Dia bz sgt kew? Dia da lupa besday aku kew???????)



Jam 12 malam:

(uuuuuwwwwaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)



Jam 12 setengah pagi:

(ahh.. baik aku try call dia.. nak tengok reaksi dia ingat or tak besday aku da lepas ni….)

“Hello…Hi syg. Sihat?”

Sihat je. Kat mane ni?

“Kat umah. Bz kew?”

Tengah lepak ngn kawan2..

“oo… Sape jew lagi yang ada?”

Sume ada.. xkan nak sebut satu2 kot…..

“xpew lew.. Syg………..”

ye………

“Da brape lama kita couple?”

3 bulan da…

“Bile eh kita couple?”

19hb empat….

“eh, bukan bulan tiga kew?”

tengok tu.. dia yang lupa anniversary kita…

(alamak!! Aku memang terlupa.. tapi anniversary bukan penting sangat pun.. besday lagi penting…hmmm)

alah… syg ingat lew besday dia.. 22 july kan? Selamat ulang tahun sa-..

“tak payah lew nak nyanyi time sekarang.. da terlambat da..”

baru lambat beberapa minit….

“beberapa minit pew plak.. da terlambat 1 hari tau tak…”

---diam..

“ingat kan dia akan jadi orang 1st yang wish my besday. Tau tak orang tertunggu2 besday wish dari dia… Da lew x msg, call pun xde.. Jumpa apatah lagi. Cedey tau bile jadi cmni…….”

---diam..

“sudah lew.. gi lew lepak ngan kawan2 dia.. kim salam kat dorang sume. Bye!”

(Benci2………………………………………… uuuuwwwaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)




**xtahu sape yg bersalah....

Monday, July 27, 2009

Pulau Sepi

Tenggelam aku dalam lautan kesedihan,
Terkapai-kapai aku,
Lemas.

Terlalu aku mencuba berenang ke tepian.
Terjumapa aku akan satu pulau,
Sepi..

Tinggal aku bersiang bermalam di pulau
yang kunamakan Pulau Sepi,
Mendongak aku ke atas,
Awan berarak perlahan,
Tiada matahari hadir menemani.

Berjalan aku disisir pantai,
Gerak langkah bertukar corak,
Berlari.

Terlalu aku mengejar akan dirimu
di suatu sudut,
Aku terjatuh.
Engkau pergi.
Sinis sungguh senyuman itu.

Menangis aku.
Meraung aku.
Melolong aku.
Aku sendirian di Pulau Sepi,
Tiada siapa yang peduli.

Aku merenung ke lautan kesedihan,
Bodohnya aku.
Bangangnya aku.
Aku keseorangan di Pulau Sepi.
Mana mungkin engkau datang ke sini.
Tempat yang belum pernah dijejaki.
Aku tersenyum sendiri.
Tiada lagi air mata membasahi pipi.
Terdengar aku suara-suara kecil.
'Hey bodoh, pergilah mati, dia tak mahu engkau lagi'
Aku ketawa lagi....

Tuesday, July 21, 2009

emosi hati

Kerinduan sepi membina emosi
Acapkali dielak terbangnya galak
Aku terkulat-kulat membina kata semangat
Hati lunyai dek termakan racun rumpai
Ditatap potret-potret hancur memakan alam
Melodi-melodi emosi berterbangan tinggi di angkasaraya
Batinku menjerit, memekik, melolong
Pergilah engkau wahai matahari
Terangmu tak seikhlas hati
Pancaranmu terik mencairkan diri
Bersekongkol engkau bersama awan-awan gelap yang jahat
Aku mati
Kehilangan hati yang begitu suci
Aku benci
Alam yang penuh duka melara
Terbit pelangi mewarnai diri
Tapi warnamu tak mampu membekukan diri yang telah cair ini
Warnamu tidak segarang singa yang keghairahan
Aku pasrah tidak mahu marah
Pergilah semua tinggalkan aku
Caci aku benci aku
Aku benci aku caci
Caci diri yang tak mahu berdiri sendiri
Benci aku akan diri sendiri....