Tuesday, July 21, 2009

emosi hati

Kerinduan sepi membina emosi
Acapkali dielak terbangnya galak
Aku terkulat-kulat membina kata semangat
Hati lunyai dek termakan racun rumpai
Ditatap potret-potret hancur memakan alam
Melodi-melodi emosi berterbangan tinggi di angkasaraya
Batinku menjerit, memekik, melolong
Pergilah engkau wahai matahari
Terangmu tak seikhlas hati
Pancaranmu terik mencairkan diri
Bersekongkol engkau bersama awan-awan gelap yang jahat
Aku mati
Kehilangan hati yang begitu suci
Aku benci
Alam yang penuh duka melara
Terbit pelangi mewarnai diri
Tapi warnamu tak mampu membekukan diri yang telah cair ini
Warnamu tidak segarang singa yang keghairahan
Aku pasrah tidak mahu marah
Pergilah semua tinggalkan aku
Caci aku benci aku
Aku benci aku caci
Caci diri yang tak mahu berdiri sendiri
Benci aku akan diri sendiri....

No comments: