Monday, July 27, 2009

Pulau Sepi

Tenggelam aku dalam lautan kesedihan,
Terkapai-kapai aku,
Lemas.

Terlalu aku mencuba berenang ke tepian.
Terjumapa aku akan satu pulau,
Sepi..

Tinggal aku bersiang bermalam di pulau
yang kunamakan Pulau Sepi,
Mendongak aku ke atas,
Awan berarak perlahan,
Tiada matahari hadir menemani.

Berjalan aku disisir pantai,
Gerak langkah bertukar corak,
Berlari.

Terlalu aku mengejar akan dirimu
di suatu sudut,
Aku terjatuh.
Engkau pergi.
Sinis sungguh senyuman itu.

Menangis aku.
Meraung aku.
Melolong aku.
Aku sendirian di Pulau Sepi,
Tiada siapa yang peduli.

Aku merenung ke lautan kesedihan,
Bodohnya aku.
Bangangnya aku.
Aku keseorangan di Pulau Sepi.
Mana mungkin engkau datang ke sini.
Tempat yang belum pernah dijejaki.
Aku tersenyum sendiri.
Tiada lagi air mata membasahi pipi.
Terdengar aku suara-suara kecil.
'Hey bodoh, pergilah mati, dia tak mahu engkau lagi'
Aku ketawa lagi....

No comments: