Tuesday, June 9, 2009

Lelaki itu

Mencari. Tercari. Dicari
Segala kepercayan dalam diri
Ku tepis semua, Ku cuba berlari
Seribu meter, aku pun tak pasti

Kau pernah berkata dulu,
'Percayalah padaku wahai sayang.......'
Akhirnya kau pergi terus menghilang.

Kau pernah berkata dulu,
'Jangan percaya pada lelaki lain, kerna mereka suka menipu.....'
Akhirnya aku juga yang engkau tipu.

Kini aku menangis lagi
Kerna terlalu percayakan lelaki itu
Kerna terlalu sayangkan lelaki itu
Kerna membodohkan diri demi lelaki itu
Kerna membangangkan diri demi lelaki itu
Kerna membutakan diri demi lelaki itu
Kerna berkorban diri demi lelaki itu
Kerna berhabis duit demi lelaki itu
Demi lelaki itu

Aku tak mahu tertipu lagi
Biarlah aku hidup bersendiri
Membawa tapak kaki sendiri
Sendiri yg lebih bererti..............

No comments: