Tuesday, February 9, 2010

Kali ini

Aku ter menung sendiri
Sedang aku bangkit membina jati diri
Sedang aku mula mengorak langkah
satu persatu
lalu aku mula berlari
engkau datang lagi
tanpa aku sedar
kau hadir menyinari hidup ini
sekali lagi
untuk kedua kali
orang kata, peluang kedua tak selalu nya hadir
peluang kedua tak selalunya membawa gembira
peluang kedua tak selalunya akan berduka
aku tak tahu, tak kisah, tak peduli
cakap-cakapkah
omong-omong kah
tapi aku gembira
untuk kali kedua ini

tapi..
mungkin jua untuk kali kedua ini tak membawa sebarang erti
aku masih lagi mendengar suara si jembalang itu
masih lagi bertekak kerana si jembalang itu
malang sungguh aku

aku mengesot ke tepi
kau hadir membelai diri
aku tak mahu dikasihani
aku tahu engkau tidak mahu aku berduka di kali ini
lalu kau tekun membuat aku gembira lagi
tapi hati ku telah hancur kini
bukan saja separuh malah seluruh jiwaku pergi
aku redha kali ini teman
tak mahu terlalu mengharap lagi.
jika mungkin kau bukan untuk aku miliki
akanku bahagiakan sisa hidup kita bersama di kala ini..

No comments: