Aku duduk dekat dengan kau
telalu dekat
Tapi sepertinya aku merasa kita terlalu jauh
Asing.
Hujan yang tadi nya renyai-renyai mula tampak lebat.
Aku diam
Engkau juga diam
Masing-masing bisu menghirup aroma teh O ais masing-masing
Terlalu jauh kita termenung
Walhal memikirkan kisah semalam
Semalam..
Ya, hal semalam
Tercarik hati aku dibuatnya
Lukanya terlalu dalam walau aku tidak menampakkan
Hanya senyum yang mampu aku hulurkan
Mungkin kau fikir aku suka, gembira, puas
Aku tidak sayang..
Tidak!
Luka-luka di muka bersih mu itu menerobos setiap inci hatiku
Kau fikir aku sangat suka melihat muka mu sebegitu?
Aku tidak sayang.
Tidak!
Jika dapat diputarkan dunia
Aku mahu terus pergi dari hidupmu
Biar masa setahun yang lalu itu aku hirup sepuasnya
walau aku tahu aku memang tidak puas selayaknya
Tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata
Betapa aku terlalu mendambakan diri kau
Betapa aku terlalu memuja engkau
Betapa aku terlalu mengagungkan engkau..
Ah.
Terlalu benci dengan perkataan 'kalau'..
Benci!
Tuesday, March 23, 2010
Monday, March 15, 2010
Noktah
Laluan sunyi ini aku tempuhi
dengan pelbagai ranjau dan onak duri
Hari demi hari
Tak mampu aku berlari
aku bergerak dengan sekuat hati
Aku tersungkur, jatuh, rebah
Merangkak aku untuk terus bergerak
Tanganku tak mampu mencapai apa2 pun
Aku terlalu kaku
Urat2 sendiku mula mengeras
darah yang mengalir deras mula bergerak bebas ke permukaan kulit2 nipis
Aku redha...
Andai ini takdirku
Andai ini dugaanku
Ingin saja aku mencari unggas2 berterbangan
Menghadap mereka2 semua
agar aku di bawa terbang
agar aku di bawa ke mana2
asal bukan di sini
asal bukan di tapak ini
Lama sudah jiwa ku mati
lama sudah..
Pada ketika hening maya mula munculkan diri
pada ketika engkau mula teguh berdiri
izinkan aku pergi
kerna ku tahu tempatku bukan di sini
kerna ku tahu tempatku bukan di sisi engkau yg aku cintai..

Tuesday, March 9, 2010
Kelmarin punya hal
Da lame x update blog. Slalunya bace blog org je. Kali ni rase terpanggil nak menaip. Hehe.
Kelmarin punya hal. Aku balik keje. Jammed teruk. Tak larat . Sampai rasa nak muntah. Nasin baik kete auto. Kalau tak, mesti kebas jew kaki aku ni. Nak jadi cite, aku da sampai area tol. Kebetulan plak aku gune T&G. Berlagak ckit la. Lalala..
Elok-elok je nak sampai tol aku nampak ada 1 lorong short cut untuk terus ke area rumah aku. Lorong tu dorang bukak baru start kelmarin. Aku pun tanpa fikir panjang terus belok ke lorong tu. Masa nak sampai, aku nampak awek cun yang tengah cover cun tu yang jaga kaunter tol tu. Kalau laki yang jaga kaunter tu, ade semangat la sikit kan. Aku pun saja je tak kluarkan kad T&G aku. Konon-konon nak bayar guna wang la. Saja nak pedajal minah tu. Punya dekat aku drive sampai ke pintu tol tu konon2 nak main cak2 ngan tol gate girl tu. Last2 side mirror aku terlanggar mesin T&G yg melekat kat pintu tol tu. Haish... Aku amik keputusan untuk reverse sebab kete aku langsung x leh nak gerak ke depan. Kalau gerak ke depan gak, confirm aku bawak balik mesin T&G tu. Aku panik!
Aku pandang belakang. Alamak! Ada kete plak tengah que belakang aku ni. Aku nak reverse ckit pun payah. Belakang aku ni plak amoi. Dia da nampak situasi aku camtu, bukannye die nak reverse gak untuk bagi ruang kat aku reverse. Muka die wat derk jew. Bengang betul. Yang tol gate girl tu pandang aku dan senyum mengejek. Cis!
Last2, dengan ruang yang sempit tu, dapat gak aku drive ke depan tanpa merosakkan mesin T&G tu. Fuuhhh!! Lega. Inilah berkat amik lesen betul2 tau. Yang tol gate girl tu plak siap hulurkan tangan lg. Dengan bangganya aku mengeluarkan kad T&G aku. Yes! Dapat gak kenakan minah tu. Sape suruh die gelakkan aku tadi.. hehe..
Lebih kurang 1km dari kawasan tol tu. Aku tersenyum. Makin lame makin galak aku senyum dan ketawa kuat2..
Nape la aku tak terfikir nak lipatkan side mirror aku tadi masa keadaan kecemasan tadi??

Thursday, February 11, 2010
Entri malas nak pk
Penat, kecewa, sesak, lemah... Xtaw nak ckp.. Sume ade bercampur baur mcm ais kacang.. Tp ais kacang punye kaler pun da tunjuk meriah dan happy. Aku plak sebaliknya. X larat sangat2. Menyayangi dan mencintai seseorg memang perkara biasa bg manusia. Indah. Mungkin. Tp bg aku ntah la. Slalu sangat ditinggalkan sampai x larat nak bawak diri pegi jumpa manusia2 kat luar sana. Kalau boleh nak duduk kat kutub utara or kutub selatan. Duduk diam2 dalam rumah iglu tu. Tak jumpa org, tak kenal org. Lagi bagus kot. Kalau boleh nak pegi pulau terpencil. Duduk main2 ngn ikan pun ok gak.. Mane lew taw kot2 leh jumpa ngn duyung versi lelaki plak kew.. Merepek.. Haishh.. Kenapa senang sgt manusia dipengaruhi emosi. Macam aku. Statement yg sangat tipikal. Org kate peluang kedua x slalunya dpt. Bila da dpt, ssh plak nak wat keputusan. Lebih2 lg keputusan melibatkan masa hadapan. Rasa mcm nak pinjam mesin masa hadapan ngn doraemon jew. Nak taw sape bakal suami ku nnt. Hehe.. So, xde lew pening kepala skrg ni. hahaha.. Hmm.. Ketawa2 jgk.. Tgk jew muka happy tp dlm hati cedey sgt. Mase menangis pun still leh ketawa. Dalam ketawa pun still leh menangis. Rindu sangat pada seseorang.. Tapi mungkin bukan jodoh kita wak.. Sy x tabah mcm dulu. Sy x kuat mcm dulu.
Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yg baik hati
Yg mencintai aku
Apa adanya.........
Kekasih yg baik hati
Yg mencintai aku
Apa adanya.........
Andai mmg jodoh kita tersurat, tolong dengar ini. Saya sangat TAMAK! Sy xmaw kongsi2.. Sy nak jmp awk tiap2 ari. Klu xnak, xyah~~
Tuesday, February 9, 2010
Kali ini
Aku ter menung sendiri
Sedang aku bangkit membina jati diri
Sedang aku mula mengorak langkah
satu persatu
lalu aku mula berlari
engkau datang lagi
tanpa aku sedar
kau hadir menyinari hidup ini
sekali lagi
untuk kedua kali
orang kata, peluang kedua tak selalu nya hadir
peluang kedua tak selalunya membawa gembira
peluang kedua tak selalunya akan berduka
aku tak tahu, tak kisah, tak peduli
cakap-cakapkah
omong-omong kah
tapi aku gembira
untuk kali kedua ini
tapi..
mungkin jua untuk kali kedua ini tak membawa sebarang erti
aku masih lagi mendengar suara si jembalang itu
masih lagi bertekak kerana si jembalang itu
malang sungguh aku
aku mengesot ke tepi
kau hadir membelai diri
aku tak mahu dikasihani
aku tahu engkau tidak mahu aku berduka di kali ini
lalu kau tekun membuat aku gembira lagi
tapi hati ku telah hancur kini
bukan saja separuh malah seluruh jiwaku pergi
aku redha kali ini teman
tak mahu terlalu mengharap lagi.
jika mungkin kau bukan untuk aku miliki
akanku bahagiakan sisa hidup kita bersama di kala ini..

Thursday, November 19, 2009
TIADA..
Terlalu jauh aku berlari
Terlalu tinggi aku terbang ke langit
Terlalu dalam aku menyelam.
Semuanya hanya untuk mencari sesuatu
yang pasti,
yang benar,
yang hakiki,
yang gembira,
yang ceria,
dan yang bahagia.
Namun apabila aku tersedar
dan membuka mata
Sesuatu itu hampir tiada
Atau yang paling kelat untuk diterima
Ianya TIADA....
Terlalu tinggi aku terbang ke langit
Terlalu dalam aku menyelam.
Semuanya hanya untuk mencari sesuatu
yang pasti,
yang benar,
yang hakiki,
yang gembira,
yang ceria,
dan yang bahagia.
Namun apabila aku tersedar
dan membuka mata
Sesuatu itu hampir tiada
Atau yang paling kelat untuk diterima
Ianya TIADA....
Friday, November 6, 2009
Lancang sungguh!!
Dimarahi bila bukan salah sendiri
Akal menyuruh aku diam.
Diam.
Mungkin akal ini bertindak benar
Jangan melawan jika perkara itu kecil mungkin.
Senyum.
Perkara terbaik setakat ini.
Diam dan senyum tak dapat dipisahkan lagi
Kerna 'mereka' tiada wujudnya sengketa.
Disebalik sana
Bersuara itu harus
Bersuara menunjukkan kita benar
Berlantang menunjukkan kita gagah.
Walau mereka itu salah..
Dan disebalik sana
Walau sebesar mana salahnya
Mereka dipuja
Mereka ditatang
Mereka disayang
Hanya kerana mereka bersuara lantang.
Di sini aku
Duduk diam berteleku
Masih manis tersenyum
Walau benar itu hak milik aku
Namun tiada siapa mahu ambil tahu.
notakaki: Bersuara lantang lebih dihormati dan disayangi dari berdiam..

Subscribe to:
Posts (Atom)