Wednesday, June 24, 2009

Suara Si sepet

Terdiam aku mendengar suaramu
Ternganga aku melihat akan dirimu
Cantik? Mungkin.

Terdiam aku mendengar lunak manja suaramu
Semerdu kasih seorang ibu
Bagaikan tak mahu lepas akan kasih sayangmu

Kini
Suaramu bertukar nada
Rupamu bertukar rupa
Si cantik bertukar kepada singa
yang kelaparan memburu mangsa-mangsanya

Nada suaramu yang merdu dibaitkan dengan kata-kata sendu
kata-kata sendu yang menusuk ke hati beribu batu
'kesian' perkataan hikmah mu
yang membawa seribu makna darimu

Kau kini ku benci
bukan dari kata-kata orang-orang di sini
Kau kini ku hina
dari perwatakan yang dianggap 'semanis' rupa.

Kini aku mengerti wahai si sepet
Kau adalah raja yang sangat berkuasa
Tak ku daya untuk melawan acara
Tak ku larat untuk bersuara dan bersua muka

Wahai si sepet..
akan ku pergi jika engkau cemburukan aku
Akan ku bawa diri jika diriku tidak laku
Akan ku lari membawa diri yang sendu
Akan ku...
Pergi...

Tuesday, June 9, 2009

Lelaki itu

Mencari. Tercari. Dicari
Segala kepercayan dalam diri
Ku tepis semua, Ku cuba berlari
Seribu meter, aku pun tak pasti

Kau pernah berkata dulu,
'Percayalah padaku wahai sayang.......'
Akhirnya kau pergi terus menghilang.

Kau pernah berkata dulu,
'Jangan percaya pada lelaki lain, kerna mereka suka menipu.....'
Akhirnya aku juga yang engkau tipu.

Kini aku menangis lagi
Kerna terlalu percayakan lelaki itu
Kerna terlalu sayangkan lelaki itu
Kerna membodohkan diri demi lelaki itu
Kerna membangangkan diri demi lelaki itu
Kerna membutakan diri demi lelaki itu
Kerna berkorban diri demi lelaki itu
Kerna berhabis duit demi lelaki itu
Demi lelaki itu

Aku tak mahu tertipu lagi
Biarlah aku hidup bersendiri
Membawa tapak kaki sendiri
Sendiri yg lebih bererti..............

Friday, June 5, 2009

Neon Jalanan

Kering kontang jalan itu
Basah kuyup jalan itu
Setianya neon jalanan bagaikan setianya aku padamu
Siang. Malam. Pagi. Petang
Berdiri teguh seteguh karang
Gagak-gagak. Agas-agas. Lalat-lalat
Teman-teman sepermainan mu
Di kali ini engkau gembira membuka mata
Di kala itu engkau bersedih membuta mata
Bukan ini
Bukan salahmu
Salahku bukan. Salah mereka pun bukan.
Salah sangka aku padamu, neon jalanan...
Salah sangka engkau padaku, neon jalanan...
Engkau..
Engkau kehausan kekonduksian
Engkau kelahapan
Engkau kekusutan
Musykil aku akan takdirmu
Musykil aku akan fitrahmu
Tetap engkau neon jalanan....

Thursday, June 4, 2009

Esok

Adakah esok ada lg ruang utk aku bernafas di atas bumi ini?
Jiwa kosong, murung, x henti2 meraung
Ingin aku bebas, bebas seperti burung
Balairung2 tetap menanti aku di sana
Debu2 pasir menyorok di celah2 jendela
Kata2 azimat tak lg berguna
Aku menepis segala bayang2 duka dan gembira
Bagaikan layang2 terputus talinya
Aku gumam..
Merintih, sedih, tersisih
Sepi.. Sesepi gunung berapi diwaktu mati
Kala siang menjemput mentari
Aku hilang dimamah api
Sendiri..
Kemana kau pergi wahai pelari? Berlari2 di padang sendiri. Bagai tiada arah lagi
Apa yang engkau cari wahai pencari?
Apa kau jumpa wahai penjumpa?
Bilang saja esok tiada buat kita!
Mengapa esok? Mengapa tidak hari ini, semalam atau tulat?
Kata2 pujangga tidak lagi kedengaran di angkasa raya
Melodi2 cinta tidak lagi diperdengar di waktu2 adanya
Esok juga yang telah engkau pinta
Esok juga...

Aku dan Kau

Mana hilang? Kau hilang.. Dlm malam yg kelam..
Mana janji? Janji tak pergi.. mungkir janji..
Aku siapa? Siapa aku? Dlm hatimu..
Kenapa begini? Kenapa begitu? Buang waktu..
Bosankah? Malukah? Dgn diriku..
Penggal ini ku menangis, ku merintih, ku terhiris..
Penggal ini ku mencari, ku menanti, ku jalani…
Kenapa mesti?
Kenapa harus?
Hati ini kau pijak- pijakkan?
Hati ini kau siat-siatkan?
Hati ini kau hiris-hiriskan?
Adakah aku sampah yg boleh kau campak-campakkan?
Adakah aku bola yg boleh kau tendang-tendangkan?
Berdosa.. Berdosakah aku?
Aku faham kau.. kau faham aku..
Aku tak faham kau.. kau tak faham aku..
Fahamilah aku wahai engkau..
Fahamilah engkau wahai aku..
Aku dan kau…….